Selamat Datang Ke Laman Rasmi
PIBG Sekolah Kebangsaan Telok Kalong

Ahad, 29 September 2013

Forum Perdana Cakna Keluarga




Forum Perdana Cakna Keluarga ini yang bertajuk Syukur...Keluargaku Bahagia telah berlangsung dengan jayanya pada 28 Semptember 2013. Forum ini adalah anjuran daripada Yayasan Pembangunan Keluarga dan kerjasama daripada Pejabat Dun Kijal dan PIBG SK Telok Kalong. Panel yang hadir memberi ceramah adalah Y. BHG. Ustaz Haji Muhammad Ramli bin Haji nuh dan Y. BHG. Dato' Ustazah Siti Nor Bahiyah binti Mahamod dan di pengerusikan oleh Y. BHG. Ustaz Wan Akashah bin Wan Abd. Hamid.
Banyak nasihat dan petua untuk keluarga bahagia telah di sampaikan oleh panel dan memberi banyak ilmu kepada para hadirin untuk mewujudkan sebuah keluarga yang bahagia.

Ahad, 18 Mac 2012

Mesyuarat Agung PIBG SKTK Kali Ke 25















Sabtu,25 Februari 2012-Mesyuarat Agung PIBG ke25 telah diadakan bertempat di Dewan Ibnu Khaldun.Mesyuarat dimulakan pada jam 10 pagi selepas jamuan makan diadakan. Majlis perasmian dimulakan pada pukul 9 pagi dan dirasmikan oleh Tuan Haji Mohamad Kamil bin Othman selaku Pegawai Daerah Kemaman. Seramai lebih 80 orang ibu bapa yang hadir ke mesyuarat PIBG kali 25 dan terima kasih diucapkan.Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Hassan bin Abdullah.Seterusnya,ucapan oleh Guru Besar SK Telok Kalong,YDP PIBG dan ucapan perasmian oleh Pegawai Daerah Kemaman. Majlis diserikan dengan nyanyian Nasyid sekolah di bawah bimbingan Ustaz Roslan bin Darus (Guru KAFA) dengan sebuah lagu yang bertajuk aqidah yang murni. Seramai 11 orang AJK telah dilantik termasuk YDP dan NYDP PIBG dengan persetujuaan ahli PIBG SK Telok Kalong.Mesyuarat diakhiri dengan penyerahan hadiah cabutan bertuah sebanyak 100 hadiah kepada Ibu Bapa dan guru yang hadir.





Rabu, 14 Mac 2012

Laman web ini masih dalam pembinaan