Selamat Datang Ke Laman Rasmi
PIBG Sekolah Kebangsaan Telok Kalong

Sejarah PIBG SKTK

  Sejarah Penumbuhan PIBG


PIBG SK Telok Kalong mula ditubuhkan pada tahun 1987. Pada awal penubuhannya, Encik Muhammad Bin Umar telah dilantik selaku Pengerusi Sementara sebelum mesyuarat agong kali yang pertama diadakan. Setahun selepas penubuhannya, PIBG SK Telok Kalong telah mengadakan mesyuarat agong kali pertama dan dengan sebulat suara memilih En. Muhammad Umar sebagai Yang Di Pertua PIBG SK Telok Kalong kali pertama. En. Muhammad Umar telah memegang jawatan selaku YDP selama 4 tahun sebelum menyerahkan jawatan selaku YDP SK Telok Kalong kepada En. Mohd Bin Deraman. Beliau memegang tampuk selaku YDP PIBG juga selama 4 tahun sebelum menyerahkan tampuk selaku YDP PIBG kepada En. Salehuddin Bin Zakaria. Beliau memegang jawatan selaku YDP selama 2 tahun.

Pada mesyuarat agong PIBG kali ke 11, ahli –ahli PIBG SK Telok Kalong telah sebulat suara memilih Encik Yahya Bin Mohd sebagai YDP yang baru mengantikan En. Salehuddin Bin Zakaria.

Bermula tahun 2001 sehinggalah tahun 2010, jawatan selaku YDP PIBG SK Telok Kalong telah disandang oleh Encik Zainu Bin Mohd Shah. Beliau merupakan YDP yang paling lama menyumbangkan khidmat beliau selaku YDP PIBG di SK Telok Kalong.

Pada mesyuarat Agong kali ke 23 (2010), jawatan YDP PIBG SK Telok Kalong sekali lagi beralih tangan . Kali ini ahli – ahli PIBG SK Telok Kalong telah sebulat suara memilih TN. Hj. Rajik Bin Sidek sebagai YDP PIBG SK Telok Kalong dan jawatan Naib YDP PIBG SK Telok Kalong telah disandang oleh rakan beliau iaitu Encik Muhammad Bin Umar. Pada mesyuarat Agong PIBG kali ke 24, ahli-ahli PIBG SK Telok Kalong sekali lagi menaruh kepercayaan dan harapan kepada mereka berdua untuk terus mengekalkan jawatan yang disandang.
 
Senarai YDP PIBG SK Telok Kalong

1. En. Muhammad bin Umar                              1987 - 1991
2. En Mohd bin Deraman                                   1991 - 1995
3. En Salehuddin bin Zakaria                             1995 - 1997
4. En. Yahya bin Mohd                                      1997 - 2001
5. En. Zainu bin Mohamad Shah                         2001 - 2010
6. En. Rajik bin Sidek                                       2010 - Sekarang